Pemasaran Internet

9:12 PTG Rizwan Edris 0 Comments

Salam tahun baru islam, lama sudah tidak update artikel untuk blog ini.

"Pemasaran Internet"

Apa yang anda tahu tentang pemasaran internet? Tahukah anda dengan memasarkan produk anda di internet dapat menambah jualan anda? Ya! Bagaimana?

Anda boleh membuat blog ataupun website untuk produk anda. Kalau tak pandai boleh upah orang lain yang mahir tentang pembangunan website ataupun guna blogspot sahaja. Contoh website yang menjual produk ialah ohmurah.com ataupun muslimineshop.com.

Sekarang ini semua ada internet, kebanyakan rakyat malaysia malas nak berbeli barang ke kedai. Contoh lagi website yang menjual sekarang ini ialah Zalora. Jika anda tidak menggunakan medium internet sebagai medium pemasaran, anda akan ketinggalan zaman,

Tidak semestinya website atau blog sahaja medium pemasaran internet, anda boleh mengiklankan produk anda di Mudah.my

Disitu pelbagai produk yang telah saya jual. Ia percuma kalau nak letak iklan. Disamping itu anda boleh pilih negeri mana anda nak letakkan produk anda, senang bukan?

Yang terakhir saya kongsikan ialah menggunakan FACEBOOK sebagai medium pemasaran internet. Sekrang ini, ramai syarikat-syarikat besar menggunakan Facebook untuk memasarkan produk mereka, bukan menggunaka "profile fb" kita tetapi FAN PAGE. Contoh fan page dibawah

anda boleh iklankan produk anda di Facebook, iklan dengan cara yang betul bukan SPAM. Guna facebook ads. Tak tahu macam mana nak gunakan facebook ads? nantikan artikel saya pada masa akan datang, insyaAllah saya akan mengejar anda menggunakan Facebook Ads

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan disini, terima kasih kerana sudi membaca ilmu yang tidak seberapa ini.

Salam Kejayaan!



You Might Also Like

0 comments: