Siapa Philip Kotler?

3:41 PTG Rizwan Edris 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya tahu ramai yang sudah mengenali Philip Kotler,malah telah menjadikan dia sebagai mentor,saya juga tidak terlepas menjadikan dia sebagai salah seorang mentor dalam bidang pemasaran. Dibawah adalah sedikit maklumat Philip Kotler
  • Philip Kotler ialah Professor Pemasaran Antarabangsa S.C Johnson & Son, di J.L. Kellogg Kolej Graduan Pemasaran Universiti  Northwestern,Evanston, Illinois.
  • Kolej ini juga dikenali sebagai Kolej Bisnes Terbaik bagi subjek pemasaran disebabkan oleh sumbangan Professor Kotler selama beliau bertugas di sana.
  • Beliau ialah pensayrah pertama yang menerima anugerah “Distinguished Marketing Educator” daripada Persatuan Pemasaran Amerika ( AMA ).
  • Menerima anugerah Marketing Excellence daripada  Persatuan Perunding dan Pelatih Pemasaran Eropah.
  • Dipilih sebagai Leader In Marketing Thonght oleh ahli akademik AMA
Professor Kotler pernah memberi khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat gergasi seperti
  • IBM
  • General Electric
  • AT&T
  • Honeywell
  • Bank of America
  • Merck
Buku-buku beliau yang diterbitkan dalam 20 bahasa sudah terjual lebih 3 juta nashkah dan menjadi kitab utama bagi bidang pemasaran dalam 58 buah negara. Beliau juga menjelajah ke serata negara di benua Eropah,Asia dan Amerika Selatan bagi tujuan berceramah dan memberi nasihat kepada pelbagai jenis syarikat

You Might Also Like

0 comments: