Pemasaran Internet

Salam tahun baru islam, lama sudah tidak update artikel untuk blog ini.

"Pemasaran Internet"

Apa yang anda tahu tentang pemasaran internet? Tahukah anda dengan memasarkan produk anda di internet dapat menambah jualan anda? Ya! Bagaimana?

Anda boleh membuat blog ataupun website untuk produk anda. Kalau tak pandai boleh upah orang lain yang mahir tentang pembangunan website ataupun guna blogspot sahaja. Contoh website yang menjual produk ialah ohmurah.com ataupun muslimineshop.com.

Sekarang ini semua ada internet, kebanyakan rakyat malaysia malas nak berbeli barang ke kedai. Contoh lagi website yang menjual sekarang ini ialah Zalora. Jika anda tidak menggunakan medium internet sebagai medium pemasaran, anda akan ketinggalan zaman,

Tidak semestinya website atau blog sahaja medium pemasaran internet, anda boleh mengiklankan produk anda di Mudah.my

Disitu pelbagai produk yang telah saya jual. Ia percuma kalau nak letak iklan. Disamping itu anda boleh pilih negeri mana anda nak letakkan produk anda, senang bukan?

Yang terakhir saya kongsikan ialah menggunakan FACEBOOK sebagai medium pemasaran internet. Sekrang ini, ramai syarikat-syarikat besar menggunakan Facebook untuk memasarkan produk mereka, bukan menggunaka "profile fb" kita tetapi FAN PAGE. Contoh fan page dibawah

anda boleh iklankan produk anda di Facebook, iklan dengan cara yang betul bukan SPAM. Guna facebook ads. Tak tahu macam mana nak gunakan facebook ads? nantikan artikel saya pada masa akan datang, insyaAllah saya akan mengejar anda menggunakan Facebook Ads

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan disini, terima kasih kerana sudi membaca ilmu yang tidak seberapa ini.

Salam Kejayaan!



Tips 2 Untuk Mempromosikan Produk Anda

Assalaualaikum Dan Salam Sejahtera

Harap anda sihat hari ini? Bagaimana dengan perniagaan anda buat masa ini? Sudah mulakan promosi bagi perniagaan anda? Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda Tip yang kedua " Untuk Mempromosikan produk anda" ini sambugan post yang lalu,jika anda belum membacanya, ada boleh baca di Tips 1


Tips 2

Pernahkah anda mendengar perkataan seperti "Personal Selling and Direct Selling"?. Kami belajar tentang 2 kaedah itu dalam semester kami yang pertama. Ia merupakan perkara yang selalu kita buat tanpa kita mengambil tahu yang mana PERSONAL  dan yang mana DIRECT

Personal Selling
  • Personal selling ialah, jika anda mempunyai kedai ataupun blog, pelanggan akan pergi ke gerai/blog anda untuk melihat produk yang ada di gerai/blog anda, contohnya, Rizwan ingin membeli baju batik,dia akan pergi ke pasar ataupun mencari di enjian carian. Dia lihat lepas tu dia menghubungi Seller itu dan membeli baju batik yang dia inginkan.
Direct Selling
  • Ini pasti anda pernah mengalami jika anda tinggal di kawasan perumahan ataupun kampung, penjual akan pergi rumah ke rumah untuk menjual produk mereka, saya pasti pembaca pernah melihat penjual sebegini. Walaupun ia tidak seperti Personal Selling yang kita dapat melihat semua produk kerana ia ada kedai, tetapi ia sangat bagus sebagai permulaan bagi menjalankan bisnes untuk orang ramai mengetahui tentang produk anda,kebiasaannya, pelanggan akan membeli terus,mereka malas untuk keluar dari rumah
 Di atas adalah berdasarkan apa yang saya faham, saya akan kongsi tips yang seterusnya pada post yang akan datang.

Tips 1 Mempromosikan Produk Anda!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Lama sudah saya tak update blog ini kerana saya sibuk dengan kerja-kerja di beri oleh pensyarah kami. Mungkin ramai dikalangan pembaca blog ini seorang ahli perniagaan.

Hari ini saya hendak berkongsi kepada anda tip untuk anda promosikan produk anda secara online dan offline.

Tip 1
  • Membuat iklan percuma ataupun berbayar di mana-mana website yang popular. Saya cadangkan yang berbayar seperti Berita Harian Online  kerana selalunya website yang popular akan ramai orang pergi melihat website itu dan secara tak langsung mereka akan terlihat banner anda ataupun link anda, sebagai contoh, jika anda kenal dengan Tuan Ali Hanafiah, seorang peniaga aksesori, beliau telah meletakkan iklan di Berita Harian Online, secara tidak langsung, pelanggan dari seluruh Malaysia membeli Aksesori yang dijual oleh beliau. Anda boleh lihat website jualan aksesori Tuan Ali Hanafiah di Koleksi Salmy
Post yang seterusnya saya akan bagi tips yang seterusnya....

Tiap-Tiap Hari Anda Melakukan Pemasaran!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Tahukah anda hampir setiap hari anda melakukan perniagaan? Pernah kah anda mengalami situasi dibawah ni :

Anda baru sahaja selesai kuliah dan mahu pergi makan tengahari dan anda mengajak rakan anda pergi ke kedai makan yang selalu anda pergi,perkara pertama yang rakan anda soal ialah, "sedap ke makanan kedai tu"? Lalu anda menjawab "Ya,sedap, lagi-lagi kalau kau makan Nasi Goreng Ayam.

Pasti anda pernah alami bukan? Secara tidak langsung anda telah mempromosikan kedai makan itu.


Amalkan Konsep 4P Dalam Perniagaan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Apa itu 4P? 4P ialah

1. Place
Tempat ataupun tapak untuk anda memulakan perniagaan. Jika anda berniaga secara online, hanya perlu ada domain dan hosting sebagai tapak perniagaan. Ramai usahawan sekarang ini telah menggunakan blog ataupun website untuk menjalankan perniagaan kerana jauh lebih murah berbanding mereka menyewa di bangunan-bangunan ataupun gerai-gerai di luar sana. Kos permulaan jika anda memulakan perniagaan anda di internet hanya RM100 sahaja hanya dengan membeli domain dan hosting selama setahun tidak termasuk anda mengupah designer untuk membuat blog ataupun website untuk perniagaan anda. Anda boleh belajar sendiri cara membuat blog ataupun mengupah para pelajar kerana golongan ini akan menawarkan servis yang yang murah kerana merea masih lagi pelajar.

2.Product
Produk terbahagi kepada banyak jenis produk iaitu

  • Produk Fizikal ( Kasut,Baju,Pakaian Dll )
  • Produk Digital ( Ebook,Audio,Movie Dll )
  • Servis ( Membuat Blog,Mencuci Kereta, Mengecat Rumah Dll )
Price
Harga sangat penting bagi pelanggan,ada pelanggan yang suka dengan harga yang murah dan tidak ambil peduli pasal kualiti sesuatu produk itu, ada juga pelanggan walapun makanan itu mahal, jika kuantiti banyak, pelanggan itu akan membeli juga, dan pelanggan yang melihat kualiti sesuatu produk tanpa melihat harga produk tersebut.

Promotion
Setelah anda sudah ada produk,tapak perniagaan dan harga bagi produk anda,langkah seterusnya ialah promosi.Promosi sangat penting dalam perniagaan,jika tidak ada promosi,pelanggan tidak tahu apa kelebihan produk ataupun kelemahan produk.